Connect with us

News

Lepas insiden letupan di Beirut, tempat simpan bom di Jordon pula meletup

Pada bulan yang lalu, dunia dikejutkan dengan insiden letupan besar yang berlaku di sebuah gudang yang menempatkan bahan  letupan berkuasa tinggi di daerah Beirut. Letupan berkenaan telah menyebabkan kerosakan yang besar kepada bandar dan daerah sekitar.

Minggu lalu di maklumkan pula, satu lagi letupan telah berlaku  sebuah gudang tentera di pinggir bandar Zarqa, Jordan sekitar pagi ini. Letupan di laporkan tercetus di salah sebuah depoh peluru yang sedang dalam proses dirobohkan.

Tiada kecederaan awam dilaporkan

Amat bernasib baik,  gudang berkenaan terletak jauh dari tempat awam namun letupan tersebut masih lagi kedengaran sejauh 30 kilometer. Agak bernasib baik, tiada kecederaan yang direkodkan yang melibatkan insiden berkenaan.

Sumber memaklumkan bahawa letupan tercetus di salah sebuah depoh peluru yang sedang dalam proses dirobohkan.

 Dipercayai akibat litar pintas elektrik

Namun kebanyakan pihak mempercayai bahawa punca letupan berkenaan berlaku akibat litar pintas elektrik di dalam sebuah gudang  tentera di pinggir bandar.

Gudang yang meletus itu dikatakan menyimpan bom mortar terbiar milik pasukan tentera. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mencetuskan panik dan sebarang spekulasi terhadap perkara yang terjadi.

Sumber: Berita Harian.

Facebook Comments

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Satu dos OH MY MEDIA sehari, untuk kekal happy sepanjang hari!