Connect with us

News

Pembunuh senyap! Ketahui bahaya racun gas monoksida tanpa sedar

Sudah banyak didengar mengenai kes-kes kematian yang berlaku melibatkan mangsa dijumpai tidak bernyawa di dalam kereta. Kebiasaanya, mangsa-mangsa kejadian ini akan membiarkan enjin kenderaan mereka hidup tatkala melepaskan lelah dan tidur seketika di dalam kereta.

Kejadian seperti ini sudah dilihat kerap kali terjadi saban tahun. Ramai yang tidak menyedari bahawa ‘jenayah’ ini dilaksanakan oleh enjin dan penghawa dingin terpasang dengan bersenjatakan gas karbon monoksida.

Gas karbon monoksida punca utama!

Laman Facebook Public Health Malaysia (PHM) menjelaskan karbon monoksida adalah pembunuh senyap malah berdasarkan laporan Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat, 50,000 pesakit dimasukkan ke hospital setiap tahun dan 430 mati akibat keracunan karbon monoksida.

Gas ini dikatakan berpunca dari pembakaran bahan bakar tanpa oksigen yang mencukupi.

 

Kehadiran tanpa sedar, perlu lebih berhati2

Lebih menakutkan, gas karbon monoksida ini tidak mempunyai sebarang warna, bau dan tidak boleh didengar. Disebabkan itu, ia digelar sebagai pembunuh senyap dalam kalangan masyarakat terutamanya dalam melibatkan kematian dalam kereta.

Nak tidur dalam kereta? Sila fikirkan semula…

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati terutamanya keselamatan ketika berada di dalam kereta di dalam kenderaan. Terutamanya sekali dalam situasi untuk tidur atau sekadar berehat di dalam kenderaan dengan enjin dan penghawa dingin terpasang.

Tindakan sebegini akan mengakibatkan keracunan karbon monoksida  terutamanya apabila tertidur kereta, dengan cermin tingkap tertutup.

Sumber: Berita Harian.

Facebook Comments

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Satu dos OH MY MEDIA sehari, untuk kekal happy sepanjang hari!