Connect with us

#celeb

Selepas bedah potong usus, Wani Comel dakwa diperguna usahawan kosmetik

Gadis yang pernah tular akibat mempunyai masalah berat badan, Wani Comel mendakwa dirinya telah dianiayai dan dipergunakan oleh seorang usahawan kosmetik terkenal.

Menurut laporan Malaysia Gazette, Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira menuntut pampasan ratusan ribu ringgit, upah sebagai duta dan beberapa perjanjian lain daripada usahawan tersebut.

Gadis berusia 23 tahun mendakwa, kontrak sebagai duta produk kurus yang ditandatangani pada September tahun lalu hanya memberi keuntungan kepada syarikat usahawan berkenaan sahaja.

“Janji  jaga kebajikan saya, keluarga saya. Mereka cakap boleh tanggung saya buat pembedahan potong usus (bariatrik), saya setuju. Awalnya saya tidak setuju tapi mereka cakap boleh jamin saya boleh senang.
“Perjanjian yang diberi akan tolong saya, keluarga saya dan tolong saya sampai berjaya. Kata nak bagi rumah, bagi kereta menyara hidup saya dan keluarga,” katanya pada sidang media hari ini.

Wani berkata, kontrak berkenaan dibuat selepas menjalani pembedahan tanpa memberi penjelasan terperinci mengenai keuntungan sebagai duta produk pelangsingan badan.

Dia juga mendakwa bayaran diterima tidak setimpal seperti yang dijanjikan iaitu RM3,500 sebaliknya hanya mendapat kurang RM1,000 setelah mempromosikan produk tersebut.

Oleh kerana tidak mendapat rawatan susulan dan diabaikan oleh usahawan terbabit, gadis berasal dari Jerantut, Pahang itu menghadapi masalah sakit perut ketika makan akibat kesan daripada pembedahan.

Malah, Wani juga mendakwa pernah digertak oleh kakitangan usahawan tersebut apabila mengetahui dia mendapat sumbangan daripada sukarelawan selepas mendedahkan perkara sebenar.

“Tunaikanlah apa yang dijanjikan, saya pun manusia. Saya bukan binatang, bukan. Saya bukan anak lembu bukan anak kucing,” ujarnya.

Peguam yang mewakilinya Haziq Aizuddin Subhi berkata, beliau telah menghantar surat tuntutan kepada usahawan berkenaan dengan diberi masa tujuh hari bagi menyelesaikan isu ini.

Sumber: Malaysia Gazette (Shawallah Hadir)

Facebook Comments

Continue Reading
Advertisement

Trending

Satu dos OH MY MEDIA sehari, untuk kekal happy sepanjang hari!