Connect with us

#celeb

“Neelofa setuju kami jadi pengapit. Nak tahu bila?” – Zizan Razak

Hubungan ‘cinta’ antara Neelofa dan juga PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail, 25 bukan lagi rahsia.

Walaupun tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung status mereka, namun umum sedia maklum bahawa keluarga PU Riz sudah pun datang merisik pengacara dan usahawan berusia 31 tahun itu.

Pastinya ramai yang ingin mengetahui bilakah berlangsungnya hari bahagia mereka memandangkan masing-masing sudahpun mendapat restu keluarga.

Booking jadi pengapit ke tu?

Jadi, menerusi perkongsian seorang selebriti dan juga pelawak terkenal, Zizan Razak, dia telah memuat naik foto bersama PU Riz dan Neelofa dengan kapsyen Instagram yang mencetuskan tanda tanya.

Agak2 bila Neelofa & PU Riz naik pelamin?

Dalam posting tersebut, Zizan dan Nabil Ahmad dilihat bergambar disisi Pu Riz serta Neelofa dengan menyatakan bahawa mereka bersetuju untuk menjadi pengapit untuk pasangan serasi itu.

Zizan turut bertanyakan kepada peminatnya sama ada mahu mengetahui ataupun tidak tarikh Neelofa bakal mendirikan rumah tangga dengan pendakwah muda itu.

Jarang tengok mereka bergambar sama

Sehubungan dengan itu, ramai yang meninggalkan komen dengan berasa teruja melihat mereka bergambar bersama.

Ada juga sebahagian daripada mereka cuba meneka dengan mengandaikan beberapa tarikh dan ada juga yang sempat berseloroh bertanyakan  kembali kepada Zizan bilakan dia ingin menamatkan zaman bujangnya pula.

“Tahun depan bulan Mac kan?”

Zizan bila pulak hahaha

Sumber: Zizan Razak

Facebook Comments

Continue Reading

Trending

Satu dos OH MY MEDIA sehari, untuk kekal happy sepanjang hari!