Connect with us

#celeb

Lagu trending nombor 1 di YouTube, Naim Daniel tunai janji potong rambut

Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Naim Daniel video muzik single terbaru yang berjudul Purnama di saluran Youtube syarikat rakaman World Peace Entertainment.

Selepas beberapa hari ditayangkan, video muzik lagu ciptaan Amzar Razqa dan Naim sendiri itu telah menjadi trending nombor satu di Youtube selain meraih satu juta tontonan malam tadi.

Kalau trending, saya potong rambut

Sebelum ini, penyanyi berusia 23 tahun itu berjanji untuk memotong rambut sekiranya video muzik berkenaan menduduki tangga pertama di platform tersebut.

Dah capai ‘target’, kena potong rambut…

Tunai janji

Justeru menerusi Instagram Live (IG Live), penyanyi lagu Sembah itu mengotakan janjinya kepada para peminat untuk memotong rambut.

Namun, segelintir individu pasti berasa seakan-akan ‘tertipu’ apabila Naim hanya memotong rambut depannya sedikit sahaja. Katanya dia hanya berjanji untuk memotong, bukan berjanji untuk membotakkan kepala.

“So guys janji harus ditetapi. Jom kita potong malam ni ye,” katanya sewaktu IG Live bersama pengikutnya. 

Lah potong sikit je

Alhamdulliah tahniah

Terdahulu, dia telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-34 untuk lagunya yang berjudul Sumpah.

Sumber: Naim Daniel

Facebook Comments

Continue Reading

Trending

Satu dos OH MY MEDIA sehari, untuk kekal happy sepanjang hari!