Connect with us

News

Culas pakai ‘mask’, pemuda dihukum laungkan azan & baca surah Yaasin

Pelbagai cara dan juga pesanan khidmat masyarakat dilakukan untuk memastikan penduduk dunia akur dan setiasa memakai penutup mulut, demi mengelakkan jangkitan wabak pandemik COVID-19.

Lain pula cara yang dilakukan oleh negara jiran, Indonesia melaksanakan hukuman melaungkan azan dan membaca surah Yasin kepada mereka yang berdegil untuk memakai penutup mulut di tempat awam.

Bagi pengajaran kepada orang ramai!

Hukuman unik itu dilaksanakan pihak berkuasa di Jambi untuk mereka yang tidak memakai pelitup muka.

Jelas Ketua Polis Cilegon, Jajang Mulyanan berkata, hukuman itu sebagai pengajaran kepada orang ramai supaya mematuhi peraturan.

Doakan virus cepat pergi

Tambahnya lagi, bacaan Yaasin berkenaan sekali gus mendoakan virus ini cepat pulih dari negara Indonesia.

Hukuman itu dilaksanakan selepas menyedari orang ramai gagal mematuhi peraturan menerusi operasi sekatan yang dijalankan. Dengan cara ini, mungkin dapat menyedarkan orang ramai agar bekerjasama mengekang penularan COVID-19.

Sumber: Harian Metro.

Facebook Comments

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Satu dos OH MY MEDIA sehari, untuk kekal happy sepanjang hari!