Connect with us

News

Rakan setugas pertama mati, jasa & khidmat Tho tersemat di hati  Sarjan Patrick Sandai

Walaupun sudah biasa menghadapi pelbagai cabaran dalam tugasan sebagai anggota polis, namun kehilangan anjing seliaannya bernama Tho akibat sakit tua semalam, antara yang paling terkesan buat Sarjan Patrick Sandai.

Tho merupakan njing baka Labrador berusia 12 tahun lapan bulan tersebut adalah anjing pertama beliau sepanjang 20 tahun berkhidmat sebagai anggota Unit Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.

Hilang rakan setugas pertama

Sebelum  anjing itu disahkan mati pada 7.30 malam semalam, beliau enggan meninggalkan Tho sendirian selepas merasakan keadaannya semakin teruk semasa datang bertugas pada sebelah pagi.

Tho lahir pada 30 Jan 2008 di China dan mula ‘dipasangkan’ dengan Sarjan Patrick semasa berusia lapan bulan. Beliau ketika itu bertugas sebagai pemandu di Unit K9 sebelum itu, diberi kepercayaan untuk mengendalikan aset berkaki empat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesihatan merosok, usia semakin tua

Kesihatan Tho mula merosot sejak tiga bulan lalu akibat usia tua, dan semakin teruk mulai minggu lalu apabila ia enggan makan dan kurang bergerak menyebabkan masanya banyak dihabiskan dalam kandang selain tidak lagi aktif bermain bersama anjing lain.

Sehinggakan, Sarjan Patrick perlu mendukung Tho semasa membawanya ke klinik veterinar pada Rabu lalu bagi menjalani pemeriksaan dan doktor memaklumkan bahawa peluang Tho untuk terus hidup adalah tipis. 

Sumber: Bernama.

Facebook Comments

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Satu dos OH MY MEDIA sehari, untuk kekal happy sepanjang hari!