Connect with us

News

Runsing masalah kemanusiaan, Indonesia mahu hantar pulang pelarian Rohingya

Dalam tak sedar, Indonesia dan Malaysia antara sasaran dan destinasi utama ‘digemari’ pelarian Rohingya beragama Islam untuk melarikan diri daripada keganasan tentera Myanmar. Ribuan pelarian cuba menyelamatkan diri dengan menyeludup masuk melalui laut saban   tahun

Sekitar bulan Jun lalu, rakyat Malaysia menerima khabar bahawa membenarkan pelarian Rohingya yang berlegar-legar di persiaran laut untuk mendarat di Acheh, Indonesia. Bahkan, kedatangan etnik Rohingya ini sambut baik oleh penduduk tempatan dengan menyediakan tempat tinggal untuk mereka berteduh.

Nak hantar pulang pelarian semula

Namun, baru-baru ini pihak kerajaan Indonesia menegaskan bahawa mereka bakal menghantar semula pulang pelarian Rohingya demi menyelesaikan isu kemanusiaan yang mereka hadapi ketika ini.

Terima hampir 400 pelarian Rohingya

Ketika mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-53 berlangsung, Indonesia memaklumkan bahawa mereka menerima sementara hampir 400 pelarian Rohingya yang terkandas di pantai Acheh.

“Penghantaran balik adalah penyelesaian ideal bagi mengakhiri penderitaan masyarakat Rohingya yang sering menempuh perjalanan berbahaya ketika merentasi laut.” Jelas Menteri Luar Indonesia.

PPB menggambarkan Rohingya sebagai sebuah masyarakat yang paling teraniaya di dunia, lebih-lebih lagi melibatkan kejadian yang berlaku pada 2012. Keganasan komunel yang berlaku pada sekitar tahun 2012 itu telah menyebabkan hampir puluhan orang entik berkenaan terbunuh.

Sumber: Sinar Harian.

Facebook Comments

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Satu dos OH MY MEDIA sehari, untuk kekal happy sepanjang hari!