Connect with us

News

Permintaan global mencanak, sarung tangan getah buatan Malaysia laris

Semenjak penularan wabak COVID-19 melanda dunia, sarung tangah getah antara peranti penting terutamanya dalam kalangan pakar perubatan dan beberapa sektor lain. Selain penggunaan topeng hidung dan mulut serta cecair pembasmi kuman, sarung tangan getah juga merupakan kit utama untuk membedung penularan COVID-19.

Seperti dijangkakan pada awal tahun lalu, penjualan sarung tangan getah Malaysia telah mencatatkan peningkatan ebanyak 50.1 peratus. Dimaklumkan bahawa, pengeksportan sarung tangan getaha telah meningkat kepada RM15.06 bilion bagi tempoh Januari sehingga Julai 2020 berbanding RM10.03 bilion bagi tempoh yang sama pada tahun 2019.

Peluang baik kukuhkan jenama Malaysia

Kenaikan ini berlaku disebabkan oleh permintaan yang tinggi dan juga usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk terus menerus membantu industri sarung tangan getah Malaysia.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lim Ban Hong berkata ini adalah masa yang sesuai untuk mengukuhkan jenama dan keyakinan produk buatan Malaysia di persada antarabangsa.

Semakin rancak lepas pandemik melanda

Tidak dinafikan juga, lambakan permintaan sarung tangan getah buatan Malaysia semakin rancak mendapat sambutan setelah wabak pandemik COVID-19 melanda dunia. Ia sekali gus menjadikannya sebagai salah satu punca pendapatan negara.

Permintaan global sarung tangan getah dianggarkan berjumlah 330 billion unit pada 2020 manakala pengeluaran dari Malaysia untuk pasaran eksport dijangka berjumlah 220 billion unit.

Sumber: Berita Harian.

Facebook Comments

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Satu dos OH MY MEDIA sehari, untuk kekal happy sepanjang hari!