Connect with us

News

6 tahun hidup bergelap, anak-beranak hanya bertemankan lilin tak mampu bayar bil

Walaupun negara terus membangun mengikut arus permodenan, masih tidak dapat dinafikan lagi terdapat ramai lagi golongan masih berjuang untuk keluar dari kekompong

Sudah hampir 6 tahun, 3 beranak yang menetap di Kampung Meranto, Kelantan terpaksa hidup dalam keadaan bergelap kerana tidak mampu membayar bil elektrik. Selain itu, faktor pendawaian yang rosak menyebabkan mereka sekeluarga terpaksa akur untuk terus duduk bergelap.

Bertemankan 3 batang lilin setiap malam!

Bokhtiar Yashim turut mengakui bahawa sangat bersedih dengan keadaan ini sehinggakan anaknya kerana terpaksa mengulang kaji dan membuat kerja sekolah dengan hanya bertemankan tiga batang lilin sahaja.

Tak mampu nak terus bekerja

Bertambah malang apabila pekerjaan Bokhtiar sebagai seorang penebang balak terpaksa dihentikan setelah kaki kirinya patah akibat ditimpa kayu dua tahun lalu.

Bagaimanapun, dia masih lagi menerima bantuan daripada bekas majikannya sebanyak RM 500 sebagai wang pebelanjaan bulanan.

Hidup terpaksa berjimat…

Namun, bantuan berkenaan hanya sekadar cukup untuk digunakan sebagai wang belanja dapur buat mereka sekeluarga. Lebih-lebih lagi, isterinya pula hanya seorang seorang suri rumah sepenuh masa.

Bahkan, rumah yang didiami oleh tiga beranak ini hanya berlantaikan kayu sudah reput selain bumbung bocor setiap kali hujan lebat.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nenggiri, Ab Aziz Yusof menjelaskan bahawa, pihaknya sudah menyiasat perkara itu dan akan mengambil tindakan yang segera.

Sumber: Berita Harian.

Facebook Comments

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Satu dos OH MY MEDIA sehari, untuk kekal happy sepanjang hari!