Connect with us

News

Ditakdirkan tiada rahim, wanita buktikan mampu miliki anak kandung sendiri

Walaupun dilahirkan tanpa rahim, seorang wanita di Amerika Syarikat membuktikan bahawa dia mampu memiliki anak kandung sendiri.

Jennifer Gobrecht berjaya memiliki zuriat sendiri menerusi pemindahan rahim sebelum disahkan hamil dan melahirkan bayi itu pada Januari lalu.

Hidap sindrom Mayer-Rokitansky-Kuster-Hauser

Jennifer, 34, dari Pennsylvania menghidap sindrom Mayer-Rokitansky-Kuster-Hauser, iaitu masalah kongenital yang berlaku dalam setiap daripada 14,500 wanita.

Katanya, dia tidak menyedari sebarang kelainan pada dirinya sehingga tidak datang bulan ketika usia mencecah 17 tahun sebelum didiagnos penyakit itu.

Suka rela buat pemindahan rahum

Pada 2017, Hospital of the University of Pennsylvania mencari calon penerima sukarela membuat pemindahan rahim dalam projek penyelidikan klinikal mereka.

Permohonan sdia diterima selepas melepasi kriteria termasuk calon mesti berusia 21 hingga 40 tahun, memiliki buah pinggang normal, bukan perokok dan mandul.

Terdedah dengan pelbagai risiko

Tambahnya, bukan mudah bagi dia dan suami mendapatkan zuriat mereka sendiri. Doktor menjelaskan risiko prosedur termasuklah pendarahan dan jangkitan mungkin bakal dialami.

Ppemindahan rahim dijalankan selama 10 jam pada 1 Mei 2018 dan mengambil masa enam bulan untuk sembuh sebelum embrio ‘dimasukkan’ ke dalam rahim.

Mereka tidak mampu menahan air mata selepas disahkan hamil dan bagaikan tidak percaya sebelum melahirkan anak itu Januari lalu secara pembedahan.

Jennifer dilaporkan adalah wanita ketiga di dunia mampu melahirkan anak selepas melalui prosedur berkenaan.

Sumber: Harian Metro.

Facebook Comments

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Satu dos OH MY MEDIA sehari, untuk kekal happy sepanjang hari!