Connect with us

News

Bakal tubuh kerajaan baru, Datuk Seri Anwar Ibrahim dakwa dapat sokongan kukuh Ahli Parlimen

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa telah mendapat sokongan yang kukuh dan meyakinkan daripada Ahli Parlimen untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu

Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Anwar berkata beliau juga telah mendapat perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Selasa, tetapi ditangguhkan berikutan Seri Paduka mendapat rawatan di Institut Jantung Negara.

“Alhamdulillah kini saya telah dapat sokongan yang kukuh dan meyakinkan daripada Ahli-ahli Parlimen untuk saya persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Dengan sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan, bermakna pada saat ini kerajaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh.

“Jumlahnya (sokongan) kukuh dan menyakinkan, jauh daripada majoriti kecil,” katanya tanpa mendedahkan bilangan Ahli Parlimen yang menyokong beliau.

Sumber: Bernama.

Facebook Comments

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Satu dos OH MY MEDIA sehari, untuk kekal happy sepanjang hari!