Connect with us

News

110 ekor kerbau mati diserang wabak, bomba bantu mandikan kerbau milik ‘Mowgli Malaysia’

Dugaan yang menimpa keluarga Muhammad Syukur Khamis atau dikenali ‘Mowgli Malaysia’ ekoran kehilangan hampir separuh dari 110 ekor kerbau peliharaan mereka akibat wabak hawar berdarah mendapat perhatian dan simpati ramai pihak.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Terengganu antara yang tampil membantu memandikan kerbau-kerbau milik keluarga itu yang masih ada.

Kerbau dikeluarkan keluar untuk makan

Remaja berumur 15 tahun itu berkata kebiasaannya semua kerbau peliharaan keluarganya akan dibiar keluar meragut rumput dan berkubang di sekitar kawasan kandang di Kampung Kubang Bujuk.

Namun katanya, sejak kematian 56 kerbaunya secara berperingkat sejak 9 Sept lepas, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu telah mengarahkan agar mengurung semua kerbau bagi mengelak ia keluar dan bercampur dengan ternakan lain.

Gembira dapat mandikan kerbau

Dalam pada itu Muhammad Syukur turut menzahirkan kegembiraannya kerana berpeluang memandikan sendiri kerbau-kerbaunya menggunakan hos bomba dengan tunjuk ajar anggota bomba.

 

Sementara itu, Ketua Operasi, Pegawai Bomba Ahmad Khairi Mamat berkata seramai enam anggotanya bersama satu jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu menyertai khidmat khas tersebut bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga Muhammad Syukur.

Sumber: Bernama.

Facebook Comments

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Satu dos OH MY MEDIA sehari, untuk kekal happy sepanjang hari!