Connect with us

News

Tak sanggup hilang kerja, ‘pilot’ Singapore Airlines rela gaji dipotong

Sekatan sempadan yang dilakukan oleh kebanyakan negara akibat penularan wabak COVID-19, memberi impak besar buat industri pelancongan dan juga penerbangan.

Tak sanggup hidup menganggur, juruterbang Singapore Airlines Ltd dilaporkan bersetuju dengan syarat pemotongan gaji untuk kekal bertugas.

Tetap berkhidmat seperti biasa

Syarikat penerbangan kerajaan itu dan Air Line Pilots Association – Singapore mencapai persetujuan pada Jumaat lalu, yang mana ia akan melaksanakan langkah itu bagi juruterbang Singapore Airlines dan SilkAir yang masih kekal bermula 1 Oktober ini.

Persetujuan itu akan membantu mengimbangi kehilangan kerja yang lebih besar dalam kalangan juruterbang, katanya.

Gaji dikurangkan sebanyak 60%-50%

Di bawah perjanjian, gaji bagi kapten dan pembantu juruterbang yang diambil bekerja semula masing-masing akan dikurangkan sebanyak 60 peratus dan 50 peratus.

Syarikat penerbangan bermasalah itu awal bulan ini mengumumkan akan mengurangkan 20 peratus pekerja atau kira-kira 4,300 pekerjaan, merentasi semua perniagaan di samping unit SilkAir dan Scoot, di tengah-tengah sekatan perjalanan udara antarabangsa.

Berkuat kuasa sehingga tahun depan

Sebelum ini, mereka juga meletakkan kakitangan dalam cuti tanpa gaji, manakala juruterbang dan krew kabin yang tidak bertugas tidak lagi menerima elaun penerbangan.

Perjanjian pemotongan gaji ini akan berkuatkuasa sehingga 31 Mac 2022.

Sumber: Berita Harian.

Facebook Comments

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Satu dos OH MY MEDIA sehari, untuk kekal happy sepanjang hari!