Connect with us

#viral

Tiada siapa sudi beli, warga emas jual belon di stesen minyak tampung hidup

Pelbagai usaha dilakukan oleh setiap orang untuk mendapatkan rezeki yang halal.

Walaupun kadang kala jumlah yang diperoleh hasil penat lelah tidak memadai dengan kudrat yang dikeluarkan, namun ia sudah pasti membahagiakan kepada mereka yang betul-betul memerlukan.

Jual belon tampung hidup

Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Shafinaz Suhaimi, dia telah memuat naik beberapa gambar seorang lelaki warga emas menjual belon di stesen minyak.

Bayaran seikhlas hati

Dalam perkongsian tersebut, pengguna Twitter itu memaklumkan bahawa warga emas itu menjual belon di stesen minyak area Tampoi.

Kasihan melihat tiada siapa yang datang mebeli, Shafinaz menghampiri pakcik tersebut dan ingin membeli belon yang dijual. Ketika hendak membayar harga belon terbabit, warga emas itu hanya menyatakan bayarlah seikhlas hati sahaja.

Jom la sama2 tolong

Oleh hal tersebut, dia telah mengajak orang ramai agar sama-sama dapat membantu pakcik itu dengan membeli belon yang dijual.

Dia juga turut menyatakan secara terperinci lokasi pakcik tersebut berjualan bagi memudahkan urusan orang ramai mendapatkan belon dan juga memberian bantuan.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan menzahirkan rasa kasihan melihat usaha yang dilkukan lelaki warga emas itu untuk mencari rezeki.

Mereka juga berharap agar orang ramai yang berada di lokasi sekitar kawasan tempat dia berjualan membeli belon yang dijual ataupun menghulurkan sedikit sumbangan agar warga emas itu memperoleh rezeki untuk menampung kehidupan.

Sumber: Shafinaz Suhaimi

 

 

 

Facebook Comments

Continue Reading
Advertisement

Trending

Satu dos OH MY MEDIA sehari, untuk kekal happy sepanjang hari!