Connect with us

#viral

Pengasas Artortoise meninggal dunia awal pagi tadi

Umum sedia tahu karya lukisan Artortoise sering menghiasi media sosial yang sering memberi pelbagai emosi kepada rakyat Malaysia dengan mengikut situasi keadaan semasa.

Namun begitu, sejak kebelakangan ini pengasas Artortoise dikhabarkan tidak berapa sihat dan sudah beberapa kali dimasukkan ke Hospital Selayang.

Meninggal dunia pagi tadi

Terbaru, dukacita dimaklumkan bahawa Mohd Ikhsan Kamarudin atau @ikhsane Artortoise telah meninggal dunia pagi tadi susulan menderita penyakit Hepatitis B atau hati. Hal tersebut telah dinyatakan di laman Facebook Artortoise sebentar tadi.

Karya2 yang diingati seluruh rakyat Malaysia

Sepanjang tahun ini, beberapa karya Allahyarham Ikhsane telah berjaya mencuri perhatian warganet dan pastinya memberi kesan kepada orang ramai kerana situasi yang digambarkan sangat dekat dengan masyarakat.

Menteri & artis turut ucap takziah

Menerusi media sosial, ramai yang mengucapkan salam takziah atas pemergian arwah dan masing-masing sempat mendoakan agar rohAallahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber: Artortoise

Facebook Comments

Continue Reading

Trending

Satu dos OH MY MEDIA sehari, untuk kekal happy sepanjang hari!