#viral
Bakal suami tiba2 batal majlis kahwin, wanita cekal ‘photoshoot’ seorang diri
Alam perkahwinan merupakan sesuatu yang sangat diimpikan buat semua orang. Namun sekiranya jodoh tidak kesampaian, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Itu boleh dikaitan dengan kisah yang berlaku di Singapura ini, apabila seorang wanita tidak jadi untuk berkahwin kerana bakal suaminya membatalkan perkahwinan tiga minggu sebelum majlis berlangsung.
Tabah hadapi ujian
Menurut laporan MS News, Shasha Ali menceritakan pengalaman pahit yang perlu dilaluinya itu. Dia yang bertunang pada bulan Ogos lalu telah membuat pelbagai persiapan menjelang hari bahagia.
Meskipun dibatalkan tanpa sebarang penjelasan, wanita itu cekal ‘meneruskan’ majlis perkahwinannya tanpa pengantin lelaki dengan sokongan ahli keluarga dan rakan-rakan.
‘Photoshoot’ solo
Shasha memilih untuk mengadakan ‘photoshoot’ seorang diri yang dilengkapi busana pengantin, solekan, dan cincin. Masih tampak jelas wajah yang gembira walaupun dia harus melalui kekecewaan tersebut.
Menerusi laman Instagram, pengikutnya memberi kata-kata semangat dan mendoakan agar Shasha akan dipertemukan jodoh yang baik pada masa akan datang.
Sumber: MS News , lightviewsg , Shasha Ali
Facebook Comments