Connect with us

#viral

Jual air tebu tepi jalan, netizen ajak orang ramai bantu warga emas berniaga

Pelbagai usaha dilakukan oleh setiap orang untuk mendapatkan rezeki yang halal.

Walaupun kadang kala jumlah yang diperoleh hasil penat lelah tidak memadai dengan kudrat yang dikeluarkan, namun ia sudah pasti membahagiakan kepada mereka yang betul-betul memerlukan.

Berniaga air tebu tepi jalan

Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh pengguna Facebook menggunakan nama akaun KakSah Katering Besut, dia telah berkongsi satu video seorang lelaki warga emas menjual air tebu di sebuah gerai tepi jalan.

Menurut muat naik yang dilakukan, gerai air tebu itu diusahakan oleh  warga emas berusia 78 tahun. Walaupun sudah berusia, namun masih gigih mencari rezeki untuk menampung kehidupannya.

Masih berusaha cari duit

Posting tersebut tular di media sosial apabila pengguna Facebook itu mengajak orang ramai membeli air tebu jualan warga emas terbabit.

Tambahnya, lelaki tua itu sedah berniaga lama di kawasan tersebut dan kembali membuka semula gerainya yang berhampiran dengan restoran makanan tempatan.

Jom pakat2 singgah

Video yang telah dimuat naik itu mendapat perhatian warganet apabila dalam masa sehari sahaja , lebih daripada seribu perkongsian semula dan ratusan komen diterima oleh pengguna Facebook tersebut.

Rata-rata mereka mendoakan agar perniagaan warga emas itu terus dimurahkan rezeki dan mengajak orang ramai yang berada di sekitar kawasan tersebut menyokong perniagaannya.

Semoga bertambah rezeki pakcik

 

Dari lama pakcik ni berniaga

Sumber: KakSah katering Besut

 

Facebook Comments

Continue Reading

Trending

Satu dos OH MY MEDIA sehari, untuk kekal happy sepanjang hari!