News
Setahun menghilang, bomba teruskan pencarian & jejaki petunjuk Acap
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) meneruskan usaha mencari Mohamad Ashraf Hassan, 29, atau lebih dikenali sebagai Acap yang hilang ketika menyertai acara larian Gopeng Ultra Trail (GUT) di Gua Tempurung, Gopeng, Perak pada 23 Mac tahun lalu.
Ia dilakukan melalui pelbagai cara termasuk yang terbaharu, latihan Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) dari 19 hingga 23 September ini.
Melibatkan 120 anggota bomba
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Perak, Mohamad Yunus Abu menjelaskan, seramai 150 anggota bomba dan Pasukan Gerakan Am (PGA), melakukan latihan jalan lasak di laluan yang pernah dilalui mangsa sepanjang 25 kilometer yang mereka namakan Acap Trail.
Mungkin jatuh & tertimbus…
Bermungkinan mangsa, terjatuh dan tertimbus oleh tanah dalam tempoh satu tahun lebih ini.
Lebih-lebih lagi dengan faktor cuaca kita dapat menemui sebarang kemungkinan, seperti baju atau kasut atau sebagainya untuk membolehkan mereka meneruskan pencarian.
Sehingga kini, kehilangan Acap dianggap sebagai sebuah misteri berikutan sehingga kini tiada sebarang jejaknya ditemui.
Sumber: Berita Harian.
Continue Reading
Facebook Comments