Connect with us

News

Bakal mengatasi Amerika Syarikat, jangkitan COVID-19 di India cetus kebimbangan

India dilaporkan mencatat sebanyak 92, 605 kes COVID-19 baharu dalam tempoh 24 jam dan dijangka akan mengatasi Amerika Syarikat (AS) sebagai negara paling teruk dilanda wabak itu dalam tempoh seminggu ini.

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan, sebanyak 1,122 kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 86,752 kes.

Tapi ramai yang sembuh!

Bagaimanapun menurut John Hopkins University, India turut mencatat ramai pesakit sembuh di dunia dengan kadar sekitar 80 peratus.

Lebih 69 kes aktif di negara itu bertumpu di lima dari 28 negeri iaitu Maharashtra, Karnataka, Andhra Pradesh, Tamil Nadu dan Uttar Pradesh.

Jutaan penduduk menganggur

Kerajaan pimpinan perdana menteri, Nerendra Modi, ketika ini berdepan kritikan dalam mengendalikan pandemik itu yang dilihat mengakibatkan kesan buruk pada ekonomi serta jutaan penduduknya menganggur.

Oleh itu, masyarakat dunia disarankan untuk mematuhi dan mengikuti segala SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kesihatan negara mereka.

Sumber: Berita Harian.

Facebook Comments

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Satu dos OH MY MEDIA sehari, untuk kekal happy sepanjang hari!