Connect with us

News

Pohon doa kesembuhan YDPA, Tengku Hassanal titah laksana solat hajat di semua masjid di Pahang

Semua masjid di Pahang dititah mengadakan solat hajat, bacaan Yassin dan Tahlil serta doa selamat bagi mendoakan kesembuhan segera buat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), di ibu negara.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah menitahkan supaya majlis itu diadakan selepas solat Maghrib hari ini.

“Tengku Hassanal juga berkenan supaya solat hajat bagi mendoakan kesembuhan segera dan semoga Seri Paduka dikurniakan kesihatan yang baik berpanjangan, diadakan selepas solat Jumaat esok.” Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman.

Pada Selasa lepas, Istana Negara mengesahkan Al-Sultan Abdullah yang juga Sultan Pahang dimasukkan ke Wad Diraja IJN selepas berasa kurang selesa dengan kesihatan, bagaimanapun Seri Paduka tidak dalam keadaan membimbangkan.

Sumber: Bernama.

Facebook Comments

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Satu dos OH MY MEDIA sehari, untuk kekal happy sepanjang hari!