News
BPN 2.0: Perdana Menteri umum golongan B40 terima bantuan tambahan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pemberian tunai tambahan di bawah Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN2.0) dengan peruntukan hampir RM7 bilion.
Perdana Menteri berkata tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0 kerana kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini.
“Tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0. Kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini.” Jelas beliau.
Bagi mereka yang layak tetapi tidak pernah menerima BPN, Muhyiddin berkata kerajaan akan memberi peluang untuk proses rayuan serta permohonan baharu.
Beliau berkata, bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, iaitu pada hujung Oktober dan keduanya, pada Januari 2021.
Sumber: Harian Metro.
Continue Reading
Facebook Comments