Connect with us

#celeb

Neelofa jaga aurat, padam lebih 4,000 gambar ‘hijabster’ di Instagram

Selepas hampir dua bulan mengenakan niqab, selebriti popular Neelofa kelihatan telah memadam semua koleksi foto dan video ‘hijabster’ di laman Instagram miliknya.

Koleksi seperti yang melibatkan aktiviti seni, pengacaraan, acara fesyen antarabangsa, duta berjenama terkemuka dan pelbagai lagi posting ‘mendunia’ tidak lagi dikongsi untuk tatapan umum.

Menerusi pemerhatian netizen, selebriti berusia 31 tahun itu memadam kira-kira 4,000 posting dimana hanya tinggal 2,648 posting setakat hari ini.

Kagum tengok perubahan dia

Dari 7.5k, tinggal 2.6k

Kebanyakan posting yang ditinggalkan adalah momen-momen kenangan sewaktu menunaikan ibadah umrah dan haji di Tanah Suci Makkah bersama keluarga tersayang.

Selain itu, terdapat juga kata-kata motivasi, petikan ayat al-Quran, video ceramah serta posting tidak memaparkan wajahnya yang hanya dikekalkan dalam akaun Instagram tersebut.

Terdahulu, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor itu mengakui lebih selesa dengan imej terbarunya tetapi menafikan penampilan tersebut adalah sebagai strategi pemasaran perniagaan.

Sumber: Neelofa , Twitter

Facebook Comments

Continue Reading

Trending

Satu dos OH MY MEDIA sehari, untuk kekal happy sepanjang hari!