Connect with us

#celeb

Selepas 12 hari dirawat, Alif Satar disahkan bebas Covid-19

Umum mengetahui dugaan yang melanda pelakon, penyanyi dan pengacara hebat iaitu Alif Satar yang disahkan positif Covid-19 dua minggu lalu.

Terbaru, Alif yang menerima rawatan di Hospital Melaka, kini disahkan bebas virus tersebut dan sudah discaj pada 2 Disember lalu.

Syukur alhamdullilah

Menurut laporan Astro Gempak, Alif yang sudah menjalani tempoh kuarantin selama 12 hari, kini sudah boleh pulang dan bersyukur dengan segala doa daripada peminat dan orang ramai.

“Alhamdulliah syukur ke hadrat Illahi atas segala nikmat, rezeki, kesihatan dan kebahagiaan yang dikuarnikanNya.”
“Sukacita saya ingin berkongsi, selepas 12 hari dikuarantin di Hospital Melaka serta atas berkat doa seluruh rakyat Malaysia buat saya sekeluarga, saya kini kembali sihat dan sudah berada di pangkuan keluarga tersayang,” katanya.

Artis serba boleh yang dikurniakan tiga cahaya mata itu sempat berjumpa ibu bapanya sebelum pulang menemui isteri tercinta.

Difahamkan, isterinya dan anak-anak disahkan negatif Covid-19 setelah menjalani ujian swab test. Alif kini mengambil cuti untuk meluangkan masa bersama keluarga yang dirindui selama tempoh kuarantin itu.

Pesakit Covid-19 bukan penjenayah

Dia juga sempat berpesan kepada rakyat Malaysia agar menghentikan pandangan negatif terhadap pesakit Covid-19. Hal ini kerana pesakit bukanlah seorang penjenayah yang harus dipulaukan atau dibenci.

“Maka, hentikanlah stigma negatif, memulau, mengasingkan dan memandang seorang mereka yang terkesan dengan wabak ini. Tiada siapa minta untuk dijangkiti,” ujarnya.

Terima kasih ‘frontliner’

Selain itu, dia turut menzahirkan rasa bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua barisan hadapan yang menjaga dirinya sepanjang tempoh kuarantin itu.

Sumber: Astro Gempak (Syafiqah Jalal) , Alif Satar

Facebook Comments

Continue Reading
Advertisement

Trending

Satu dos OH MY MEDIA sehari, untuk kekal happy sepanjang hari!