Connect with us

#celeb

Khairul Aming makin kurus, nekad turun berat badan dari 106kg

Nama personaliti media sosial, Khairul Aming di Instagram pasti dikenali ramai dengan video masakan yang sering dimuat naik untuk pengikutnya.

Selain itu baru-baru ini, pemuda berusia 27 tahun itu turut membuka satu lagi akaun Instagram @amingnaksihat untuk berkongsi perjalanan ‘diet’ yang diamalkan untuk kehidupan lebih sihat.

Dari 106kg turun ke 100kg

Menerusi perkongsian, Khairul menyatakan setelah hampir 30 hari memilih untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat, kini dia telah berjaya menurunkan berat sebanyak enam kilogram.

Meskipun ia bukan satu jumlah yang banyak, namun pemuda yang memiliki ‘sense of humour’ itu tetap bersyukur dan gembira dengan apa yang telah dicapai setakat ini.

Tambahnya lagi, perjalanan yang dipilih kali ini tidaklah begitu sukar kerana dia tidak begitu memaksa dirinya dan kurang rasa tekanan.

“Aku tak berlapar or amik supplement ke apa, just makan ikut right portion and selalu senam.

“So far best la weightloss journey kali ni. Sebab aku dah tak stress diet macam dulu2. I still eat normal food cuma kawal portion, selalu bersenam and rehat yang cukup,” kongsinya.

Posting tersebut menerima pelbagai reaksi netizen yang kagum dengan perubahan fizikal dan semangatnya dalam mencapai berat badan idaman.

Sumber: Khairul Amin Kamarulzaman

Facebook Comments

Continue Reading

Trending

Satu dos OH MY MEDIA sehari, untuk kekal happy sepanjang hari!