News
Lelaki sanggup panjat menara, angkara tuduhan melulu & muak dengan bebelan isteri
Sedangkan lidah lagi tergigit, begitulah lumrah hidup berumah tangga. Kadang kala, ada badai yang perlu ditempuhi oleh pasangan suami isteri dengan penuh kesabaran agar perkahwinan dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Di pekan Moradabad, Uttar Pradesh, India, seorang lelaki bertindak diluar jangkaan dengan memanjat ke puncak menara pencawang telekomunikasi.
Tindakan itu dibuat kerana terlampau bosan dengan bebelan dan sering kali bergaduh dengan isterinya. Jelasnya lagi, tindakan sedemikina dibuat untuk hatinya yang membara gara-gara bertengkar dengan isterinya.
“Saya muak dengan isteri saya. Dia cuba mengenakan saya dengan pelbagai tuduhan palsu. Saya rasa mahu memutuskan hubungan ini.” Jelasnya dengan ringkas.
Polis menyatakaj bawa ini adalah perkahwinan kedua Tejpal dan mereka sudah banyak kali bertengkar mengenai beberapa isu.
Sumber: Harian Metro.
Facebook Comments