Connect with us

News

Tahanan reman dilanjut, pendakwah muda nafi semua pertuduhan salah laku seks

Pendakwah selebriti yang direman sejak Jumaat lalu atas tuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun akan disambung tahanan remannya sehingga Ahad ini atas dakwaan salah laku seks.

Reman dilanjut lagi 5 hari

Menerusi laporan Sinar Harian, perintah dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar, Ahmad Feisal Mohd Azmi selepas membenarkan permohonan reman daripada pihak polis.

Lanjutan kepada penahanan reman pendakwah berusia 25 tahun itu dijalankan berikutan terdapat beberapa laporan polis baharu berkaitan salah laku seks berhubung kes di bawah kesalahan seksual seperti Seksyen 376 ( rogol), 354 (cabul), 377 (seks luar tabii) dan 323 (mencederakan) mengikut Kanun Keseksaan.

Akan bersihkan nama dari tuduhan

Dalam pada itu, peguam yang mewakili pendakwah dan penyanyi itu Ahmad Amzar Ahmad Azlan berkata, pihaknya akan mengambil tindakan berlandaskan lunas undang-undang bagi membuktikan anak guamnya tidak bersalah.

“Anak guam sedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dan dia menafikan sebarang pertuduhan dan dakwaan yang dibuat.

“Dia akan cuba membersihkan namanya mengikut peruntukan undang-undang,” katanya.

Terdahulu, pihak polis telah memaklumkan bahawa menerima beberapa lagi laporan melibatkan suspek yang lima daripadanya dibuat di Balai Polis Shah Alam dan satu di Balai Polis Petaling Jaya.

Pendakwah yang juga bekas peserta program realiti TV pada tahun 2016 telah ditahan pada Khamis lalu ketika hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam berhubung dakwaan merogol.

Sumber: Sinar Harian (Nor Azlinda Alimin)

Facebook Comments

Continue Reading

Trending

Satu dos OH MY MEDIA sehari, untuk kekal happy sepanjang hari!