News
Hiba kekecewaan, penduduk terima bantuan beras dicampur dengan beras plastik
Kekecewaan yang tidak dapat digambarkan apabila menemui berpuluh-puluh butiran beras palsu dalam bantuan yang diagihkan menerusi bantuan sosial.
Penduduk di Desa Sukaratu, Cianjur di Jawa Barat, terkejut apabila menemui campuran plastik di dalam beras yang diagihkan menerusi bantuan sosial.
Rupa dan ukuran macam beras betul
Dengan ukurannya yang menyamai beras sebenar, ia dicampurkan di dalam kampit beras yang diberikan kepada golongan memerlukan.
Selain beras, penduduk juga menerima sumbangan seperti telur, daging dan minyak. Beras plastik berkenaan berbentuk nipis, memanjang dan lut sinar menyebabkan ia tidak dapat dikesan kerana bercampur beras tulen.
Ramai penerima bantuan terkena
Penduduk, Ridwan Yulianto, memberitahu media tempatan, campuran beras plastik itu tidak dapat dibezakan kerana bercampur dengan beras sebenar.
Kejadian itu tidak hanya berlaku di tempatnya, malah kawasan lain yang menerima beras bantuan itu juga mengalami masalah sama.
Sementara itu pentadbir daerah Cianjur, Herman Suherman berkata, pihaknya mengarahkan siasatan dijalankan berhubung isu itu.
Sumber: CNN Indonesia.
Facebook Comments