Connect with us

News

Ditampar suami pelanggan, ‘cashier’ hamil buat laporan polis

Tahap kecekalan seseorang dalam dunia perkerjaan pasti berbeza untuk setiap insan. Kesabaran yang tinggi sangat diperlukan dalam mencari rezeki terutama bagi mereka yang bekerja dengan pelanggan.

Itu dugaan menimpa seorang juruwang wanita yang sedang hamil lima bulan apabila ditampar oleh seorang lelaki pada Ahad lalu, namun dia tetap sabar sebelum membuat laporan polis Balai Polis Bukit Raja.

Tampar pipi kiri ‘cashier’

Video kejadian itu tular di Facebook memaparkan juruwang berusia 24 tahun ditampar oleh lelaki terbabit yang merupakan suami kepada salah seorang pelanggan di salah sebuah pasar raya di Klang, Selangor.

Menurut laporan Kosmo! Online, difahamkan mangsa tidak sengaja tercampak barangan terkeluar daripada plastik sebelum pelanggan wanita itu memarahinya dan ‘mengadu’ kepada suami yang berada di luar.

“Selang beberapa minit, suami wanita itu meluru arah saya sambil berleter dan meminta berhenti sekiranya tidak ikhlas atau berminat untuk terus bekerja.
“Tidak cukup itu, lelaki itu kemudian secara tiba-tiba menampar pipi kiri saya dan insiden itu disaksikan pelanggan lain,” katanya.

Berjaya ditangkap

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh, suspek yang bekerja sebagai pemandu lori ais batu telah berjaya ditangkap malam tadi dan mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Bagaimanapun, lelaki yang berusia 38 tahun itu telah dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.

Sumber: Kosmo! Online (Nor Azihan Md Ghazali)

Facebook Comments

Continue Reading

Trending

Satu dos OH MY MEDIA sehari, untuk kekal happy sepanjang hari!