Connect with us

News

“Politik bukan bidang saya, tak pandai & mengerti soal politik..” – Ebit Lew

Nama pendakwah popular, Ebit Lew pastinya tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia dimana sentiasa tampil membantu insan yang tidak berkemampuan sepanjang pandemik Covid-19 di negara ini.

Disebabkan perkara itu, terdapat segelintir pengguna media sosial mewujudkan tanda pagar #EbitLewForPM atas usaha murninya yang tidak jemu menghulurkan bantuan.

Tidak minat politik

Memetik laporan sumber Kosmo! Online, bagaimanapun pendakwah berusia 35 tahun itu tidak berminat untuk menceburi dalam bidang politik.

Menurut Ebit, beliau menyatakan bahawa politik bukanlah bidang yang sesuai untuk dirinya kerana tidak memahami selok-belok mengenai bidang tersebut.

“Sekarang, saya lebih berminat dengan kerja-kerja dakwah dan kebajikan. Insya-Allah saya akan terus begini dan niat saya sampai bila-bila pun begini,” katanya.

Berdoa agar dimurahkan rezeki

Selain itu, beliau turut memohon agar sentiasa dimurahkan rezeki agar sentiasa dapat membantu orang ramai sehingga tiada siapa yang akan tercicir.

Walaupun kadang-kala terlepas pandang sehingga menerima kecaman, Ebit tidak berkecil hati sebaliknya terus berusaha untuk turun padang yang sering dinantikan oleh masyarakat.

“Saya sedar ramai terdesak dan sangat memerlukan ketika pandemik ini. Mereka kecewa dan tak tahu apa nak buat. Sama-sama kita bantu semampu boleh,” ujarnya.

Sumber: Kosmo! Online ( Mohd Haikal Isa)

Facebook Comments

Continue Reading

Trending

Satu dos OH MY MEDIA sehari, untuk kekal happy sepanjang hari!