News
Bakal tubuh kerajaan baru, Datuk Seri Anwar Ibrahim dakwa dapat sokongan kukuh Ahli Parlimen
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa telah mendapat sokongan yang kukuh dan meyakinkan daripada Ahli Parlimen untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu
Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Anwar berkata beliau juga telah mendapat perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Selasa, tetapi ditangguhkan berikutan Seri Paduka mendapat rawatan di Institut Jantung Negara.
“Alhamdulillah kini saya telah dapat sokongan yang kukuh dan meyakinkan daripada Ahli-ahli Parlimen untuk saya persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
“Dengan sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan, bermakna pada saat ini kerajaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh.
“Jumlahnya (sokongan) kukuh dan menyakinkan, jauh daripada majoriti kecil,” katanya tanpa mendedahkan bilangan Ahli Parlimen yang menyokong beliau.
Sumber: Bernama.
Facebook Comments