Connect with us

#celeb

Tak cukup tiga orang, Wawa Zainal mahu tambah ‘baby’ lagi

Figura pasangan merpati dua sejoli, Wawa Zainal dan Aeril Zafril pasti tidak asing lagi dalam kalangan peminat dengan aksi mereka yang romantis itu.

Menerusi video Tiktok yang sering dimuat naik oleh Aeril, ramai warganet terhibur dan gemar dengan cara dia dan isterinya dalam mewujudkan keharmonian rumah tangga.

Menerusi posting di Instagram, baru-baru ini Wawa menyambut ulang tahun kelahiran suaminya yang ke-32 di sebuah lokasi mewah di ibu kota.

“Rasa macam baru bercinta”

Menerusi kapsyen di postingnya, usahawan kosmetik itu berasa seakan-akan baru bercinta kerana ini adalah kejutan pertama dilakukan buat suaminya sepanjang mereka mendirikan rumah tangga.

“First time surprise untuk Aeril.. hahaha best jugek sweet2 macam ni rasa macam baru bercinta,” tulisnya.

Nak tambah anak lagi!

Sementara itu, pelakon berusia 29 tahun itu juga sempat bertanya kepada pengikutnya jika ada soalan untuk Aeril, namun dia yang akan menjawab.

“Sempena birthday Aeril yang ke-32 korang nak tanya apa pasal president TikTok ni? i tolong jawab,” katanya.

Berikutan itu, terdapat seorang individu yang bertanya sekiranya Wawa dan suami mempunyai perancangan untuk menambah bilangan anak pada masa akan datang.

Aeril dan Wawa berkahwin pada 2013 dan dikurniakan tiga anak iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Aya Soffya yang kini berusia setahun.

Sumber: Wawa Zainal

Facebook Comments

Continue Reading

Trending

Satu dos OH MY MEDIA sehari, untuk kekal happy sepanjang hari!