Connect with us

#viral

Sikap jujur dipuji, wanita terharu Ipad hilang ditemui ‘cleaner’ warga Malaysia

Membantu orang lain dalam kesusahan merupakan satu tindakan yang harus dipraktikkan dalam kehidupan semasa. Kadangkala pertolongan yang kecil itu mampu membuatkan individu yang dalam kesusahan kembali tersenyum semula.

Bantu warga Singapura kehilangan Ipad Pro

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang wanita warga Singapura yang mengucapkan terima kasih kepada dua orang pemuda warga Malaysia apabila menjumpai Ipad Pro miliknya yang hilang dan memulangkan semula.

 

Hantar mesej maklumkan menjumpai Ipad

Dalam perkongsian Michelle Lim, dia telah berterima kasih kepada Eday Sam dan juga rakannya Yuamirul apabila mereka menghantar mesej kepadanya memaklumkan dia menemui Ipad Pro wanita tersebut yang berkemungkinan tercicir.

Kedua-dua pemuda warga Malaysia itu kemudian menemui Michelle dan menyerahkan Ipad Pro wanita tersebut sambil bergambar.

Memori terbaik 1 Disember

Dalam pada itu, salah seorang daripada pemuda tersebut dikenali sebagai Eday Sam telah memuat naik kembali pertemuan dengan Michelle di Twitter miliknya.

Menurutnya, apa yang dilakukan adalah sesuatu yang harus dibanggakan pada permulaan bulan Disember ini. Dia yang bertugas sebagai pekerja kebersihan di Singapura mengakui memori ini pasti akan dikenang dan sangat berbangga menjadi rakyat Malaysia.

Semoga kebaikkan terus berjangkit

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet dan juga rakan-rakan Eday Sam telah mengucapkan terima kasih diatas kejujuran tersebut dan mereka turut berbangga kerana rakyat Malaysia menunjukkan contoh yang baik untuk negara.

“Mantap la Abang Eday kite!”

Tahniah bro, habuan yang baik diakhirat

Sumber: Michelle Lim, Eday Sam

 

 

Facebook Comments

Continue Reading

Trending

Satu dos OH MY MEDIA sehari, untuk kekal happy sepanjang hari!