Connect with us

#celeb

Kena tunggu dulu, Fattzura belum sedia dedah wajah puteri sulung

Umum mengetahui pasangan selebriti, Fattah Amin dan Fazura telah menimang cahaya mata pertama mereka pada 2 Oktober yang lalu. Mereka dikurniakan seorang puteri comel yang diberi nama Nur Fatima Aisya.

Tidak mahu dedah muka anak

Walaupun sudah dua bulan melahirkan, Fattah dan isterinya mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan wajah puteri sulung mereka itu kepada umum.

Menurut laporan BH Online, wajah Fatima akan dikongsi apabila mereka bersedia. Majlis cukur jambul juga telah diadakan secara kecil-kecilan kerana pandemik Covid-19 yang melanda.

“Kami memang merancang berkongsi wajah anak, tetapi tidak tahu bila… Insya-Allah tidak lama lagi. Merahsiakan wajah anak adalah keputusan saya, Fazura dan keluarga. Kami sengaja berbuat demikian.
“Keputusan ini bukan disebabkan ada pihak tertentu atau stesen televisyen (TV) yang mahu paparan eksklusif. Tiada lagi produksi atau mana-mana syarikat mahu memaparkan wajah anak saya secara eksklusif,” katanya.

Tambah pelakon yang tercalon dalam 100 Lelaki Paling Kacak Di Dunia itu, anaknya tidak akan memiliki akaun Instagram (IG), sebaliknya semua foto dikongsi di Instagram mereka Fattzuralovelife.

Terdahulu, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Sumber: BH Online ( Fatin Farhana Ariffin)

Facebook Comments

Continue Reading

Trending

Satu dos OH MY MEDIA sehari, untuk kekal happy sepanjang hari!