#celeb
Dapat buku tajwid dari PU Riz, Neelofa guna emoji tutup ‘panggilan manja’?
Hubungan antara selebriti popular dan usahawan, Neelofa dan juga pendakwah muda Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Haris bukan lagi rahsia.
Baru-baru ini, selebriti berusia 31 tahun itu telah memuat naik satu gambar di IG story dengan memaparkan sebuah buku tajwid yang dihadiahkan oleh PU Riz.
Guna bahasa Arab panggil ‘love’?
Walau bagaimanapun, apa yang menarik perhatian adalah perkataan yang ditutup oleh Neelofa dengan emoji bunga iaitu dan hanya memperlihatkan huruf jawi yang berbunyi ‘Ha’ dan ‘Ba’.
Jika disambungkan huruf Ha dan Ba, ia akan menjadi perkataan Hubun dalam bahasa Arab yang membawa maksud ‘love’. Nota tersebut diberikan oleh PU Riz kepada Neelofa beserta petikan hadis untuk diingati bersama.
Doakan yang baik2 untuk mereka
Pada hujung gambar yang dimuat naik itu, Neelofa turut mendoakan agar Allah S.W.T terus memberkati kehidupan PU Riz secara berkekalan.
Terdahulu, Neelofa dikatakan telah dirisik oleh pendakwah muda itu dalam satu majlis ringkas yang dihadiri kedua-dua belah keluarga.
Walaupun tidak memberi bayangan sama ada mereka melangsungkan pertunangan ataupun tidak, ramai yang membuat spekulasi bahawa pasangan ini akan bernikah dalam tempoh waktu tidak lama lagi.
Sumber: Neelofa
Facebook Comments