Connect with us

News

Jijik dan meloyakan! DBKL arah kilang pemprosessan roti berdaki di tutup

DBKL hari ini, 24 telah mengarahkan dan bertindak menutup premis kilang roti yang terletak berdekatan Taman Gembira di Jalan Kuchai Lama.

Serbuan itu telah dijalankan oleh 6 orang anggota DBKL pada jam 10 pagi. Hasil pemeriksaan mendapati tahap kebersihan premis tidak memuaskan di mana bahan mentah dan penyediaan makanan tida mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

Tahap kebersihan premis tidak memuaskan.

Tinjauan mendapati lantai kilang pemprosessan berkenaan basah, kotor dengan sisa makanan serta dinding tempat penyediaan makanan kotor dan berdaki hitam.

Pengendali makanan sebanyak 10 orang, terdiri daripada 6 orang warga asing dimaklumkan mempunyai suntikan tifoid.

Bahan mentah dihurung najis tikus

Hasil pemeriksaan DBKL juga mendapati peralatan serta kelengkapan pemprosesan makanan dalam keadaan kotor dan usang. Bahkan, mereka juga menggunakan sumber air dari tandas yang kotor dan erdapat kesan hurungan najis tikus di kawasan stor peralatan dan bahan mentah.

Sehubungan dengan itu, Perintah Penutupan Premis di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 berkuatkuasa 25 September 2020 telah dikeluarkan. Pemeriksaan dan pemantauan seumpama ini akan diteruskan oleh DBKL dari semasa ke semasa.

Sumber: Sinar Harian.

Facebook Comments

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Satu dos OH MY MEDIA sehari, untuk kekal happy sepanjang hari!