#celeb
Fazura bangga Fattah Amin tercalon sebagai 100 lelaki paling kacak di dunia
Pada awal September yang lalu, Fattah Amin dikhabarkan menjadi satu-satunya calon mewakili Malaysia yang tersenarai dalam TC Candler’s 100 Wajah Paling Tampan 2020.
Hal ini dinyatakan sendiri di media sosial TC Candler’s pada 1 September 2020.
Untuk makluman, pencalonan tersebut adalah berdasarkan undian dan komen terbanyak yang dilakukan oleh peminat di saluran YouTube rasmi TC Candler, sebelum memilih calon terakhir untuk 100 Wajah Paling Tampan 2020.
Tumpang bangga dengan suami
Ditanya mengenai pencalonan Fattah Amin sebagai Wajah Paling Tampan 2020, isteri kepada pelakon kacak itu yang juga merupakan aktres berbakat, Nur Fazura, 37 nyata bangga dengan hal tersebut.
Menerusi temu bual dari Astro Gempak, Fazura mengakui bersyukur kerana sebelum ini pun suaminya turut sama tercalon dalam kategori tersebut.
“Syukur Alhamdulillah… Itu yang boleh saya katakan.
Sebelum ini pun pernah ada tersenarai, kemudian tahun ini pun ada lagi. Saya pun tak sangka.
“Kalau tak salah, itu pun hasil daripada orang undi,” Katanya.
Bersaing dengan nama2 besar dunia
Dalam pencalonan tersebut, Fattah Amin atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin akan bersaing dengan beberapa lagi nama besar seperti tiga selebriti Indonesia dan beberapa aktor Hollywood seperti Leonardo DiCaprio, Chris Evans serta artis K-Pop.
Mengulas mengenai reaksi Fazura, Fattah Amin memaklumkan kepada Astro Gempak berkemungkinan isterinya bangga dengan pencapaian tersebut kerana pernah mengulang siar pencalonan itu di Instagramnya.
“Faz ada repost dari Instagram saya. Katanya ‘wow’, mungkin dia bangga dengan suami dia.” Tambahnya ringkas.
Terdahulu, pasangan selebriti ini telah menyambut ulang tahun ketiga perkahwinan mereka pada 27 November yang lepas.
Fazura dan Fattah Amin juga baru menyambut kelahiran puteri sulung mereka yang diberi nama Fatima Aisya dan masih merahsiakan wajah si comel itu dari tatapan peminat.
Sumber: Astro Gempak
Facebook Comments