Connect with us

#celeb

“Dah tak pemalu..” – Kini bergelar penyanyi, ramai tak sabar dengar lagu Cik B

Anak kepada pengasas kosmetik Datuk Seri Vida iaitu Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin atau lebih dikenali sebagai Cik B sebelum ini telah popular di media sosial kerana tingkah laku yang kelakar dan spontan.

Remaja berusia 15 tahun itu semakin mendapat perhatian ramai setelah berlakon dalam drama ‘Lingkungan Cinta’ kerana watak yang dibawa itu kelihatan sisi berbeza terutama terhadap penampilan dirinya.

Kini berjinak dalam bidang nyanyian

Terbaru menerusi posting yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Cik B mengumumkan bakal mengeluarkan satu single lagu yang berjudul Tolonglah malam ini di saluran Youtube.

Penampilan dia dalam video muzik tersebut kelihatan ‘wow’, apatah lagi ditambah dengan solekan pada wajahnya selain susunan lagu yang agak ‘catchy’ untuk didengar.

Gempak Cik B

‘Teaser’ video muzik itu mendapat 58,503 tontonan dan ratusan komen netizen dimana rata- rata tidak sabar untuk mendengar lagu penuh serta mengucapkan tahniah kepada Cik B atas penghasilan lagu tersebut.

‘Intro’ pun dah best

Makin gempak Cik B!

Sumber: Cik B

Facebook Comments

Continue Reading

Trending

Satu dos OH MY MEDIA sehari, untuk kekal happy sepanjang hari!