#celeb
Erra Fazira beri hadiah kepada Awie, netizen teringat kisah cinta Sembilu
Penyanyi dan pelakon jelita, Erra Fazira mempunyai peminat tersendiri sejak zaman lakonannya menerusi filem Sembilu sehingga ke hari ini.
Gandingan dia dan penyanyi rock terkenal tanahair, Datuk Awie dalam filem tersebut masih diingati ramai dan jelas menunjukkan keserasian mereka berdua membuahkan hasil.
“Happy belated birthday kekanda”
Terbaru, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek memuat naik sebuah posting di Instagram mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada penyanyi kumpulan Wings itu.
“Alhamdulillah segala onak duri berjaya ditempuh hingga menjadikan kekanda Datuk @awieofficial satu nama besar di persada seni tanahair.. Alhamdulillah,” tulisnya.
Pelakon drama bersiri Gerak Khas itu juga sempat mengucapkan tahniah kepada Awie dan isteri Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
“Tahniah buat datuk dan datin yang bakal menimang cahaya mata tak lama lagi.. semoga seisi keluarga sentiasa dalam rahmat Allah” katanya lagi.
Postingnya tersebut dipenuhi pelbagai reaksi warganet yang gembira melihat persahabatan terjalin antara mereka berdua sekali gus mengimbau kembali kenangan sewaktu tayangan filem Sembilu.
Moga persahabatan kekal
Legenda Sembilu ni
Selamat hari jadi Awie!
Untuk makluman, mereka pernah dikaitkan dalam hubungan cinta yang berlaku lebih dua dekad lalu sebelum putus di tengah jalan namun masih profesional dan berkawan seperti biasa.
Sumber: Erra Fazira
Facebook Comments