Connect with us

News

Baru sambut hari lahir, bayi meninggal dunia dipercayai tersedak susu

Seorang bayi lelaki berusia setahun meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu dalam kejadian di rumahnya di Taman Nusa Intan, Senawang awal pagi tadi.

Memetik laporan Sinar Harian, kejadian tersebut disedari suami isteri Md Zarif Md Johari dan Zurriyati Ishak selepas terdengar anaknya, Zulkarnain Md Zarif terbatuk yang sedang tidur di atas katil bersama.

“Bila saya bangun saya tengok dia dah muntah susu dan bibirnya biru. Saya cuba tepuk belakang badan tapi dia tidak lagi bernafas.
“Saya dan isteri kemudian segera membawanya ke hospital swasta yang berhampiran. Sebaik sampai, pihak hospital cuba memberikan bantuan pernafasan…
“…namun mengesahkan anak saya sudah meninggal dunia ketika dalam perjalanan,” kata bapa mangsa yang berusia 36 tahun.

Md Zarif berkata, anak bongsu daripada lima beradik itu baru discaj dari hospital semalam akibat menghidap demam yang berulang-ulang dan tiada selera makan.

“Saya reda dengan ketentuan Allah SWT. Tapi sedih kerana saya dan isteri baharu saja menyambut hari lahir arwah bulan lalu,” ujarnya.

“Happy birthday Zulkarnain”

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, beliau mengesahkan kejadian berkenaan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Menerusi laman Facebook, bapa saudara mangsa iaitu Afham Johari berkongsi sebuah posting mengenai berita sedih itu dengan memuat naik beberapa keping gambar mangsa.

“Rindunya nak peluk cium baby Zulkarnain. Jumpa lagi sayang. Mekasih Ya Allah sebab hadirkan si comel Zulkarnain dalam keluarga kami walaupon seketika,” katanya.

Sumber: Sinar Harian (Syamilah Zulkifli) , Zuriyati Ishak , Afham Johari

Facebook Comments

Continue Reading

Trending

Satu dos OH MY MEDIA sehari, untuk kekal happy sepanjang hari!