Connect with us

News

Jumlah makin meningkat, polis terima 5 lagi laporan terhadap pendakwah selebriti

Berikutan kes dakwaan rogol, polis menerima lima lagi laporan daripada mangsa jenayah seksual membabitkan pendakwah selebriti yang kini masih ditahan reman hingga Ahad ini.

Mangsa2 masih muda

Menurut laporan BH Online, semua laporan itu diterima di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan Petaling Jaya, Selangor.

“Siasatan masih berjalan, setakat ini dua daerah terima laporan polis berhubung tindak laku pendakwah terbabit.
“Polis akan menjalankan siasatan mengikut peruntukkan undang-undang,” kata Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin.

Selain itu berdasarkan siasat awal, beliau memberi pandangan bahawa mangsa berkemungkinan mudah tertarik dengan tingkah laku dan ayat yang digunakan oleh pendakwah berusia 25 tahun itu.

“Kebanyakan mangsa masih muda, usia sekitar 21 hingga 25 tahun, mungkin tertarik dengan pendakwah itu kerana cara dia mendekati mangsa dalam usia sebegini.
“Apabila dia menggambarkan diri dia sebagai pendakwah yang boleh menenang dan meyakinkan mangsa terutama bercakap lebih menjurus kepada keagamaan, ini menjadi tarikan kepada mangsa.
“Tarikan dari segi rupa paras itu bergantung pada yang melihat, ada nampak dia tampan, ada sebaliknya tetapi cara dia bercakap yang dapat menarik mangsa,” ujarnya.

Tunggu siasatan lengkap

Bagaimanapun, Noor Azam berkata tiada maklumat setakat ini berhubung dakwaan pendakwah berkenaan menggunakan ilmu pengasih.

Tambah beliau, semua laporan dibuat mangsa akan disiasat dan dikumpulkan daripada pelbagai sudut, termasuk bagaimana perkenalan mereka serta medium digunakan.

“Bila siasatan lengkap, kita akan kemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dengan fakta dan bukti, sama ada boleh dakwa atau tidak, keputusan itu terpulang kepada pihak pendakwaan,” tambahnya

Sumber: Berita Harian (Ruwaida Md Zain)

Facebook Comments

Continue Reading

Trending

Satu dos OH MY MEDIA sehari, untuk kekal happy sepanjang hari!