Connect with us

News

Badan penuh tatu, cikgu tadika dibuang kerja gara2 penampilan macam hantu

Sebagai seorang pengajar, penampilan yang kemas merupakan perkara yang perlu diambil berat kerana akan menjadi ikutan anak didik mereka.

Seorang guru tadika di Essonne, Perancis berisiko dibuang kerja selepas ramai ibu bapa mengadu penampilannya yang disifatkan tidak bersesuaian sebagai seorang pengajar di sekolah.

Tatu penuh satu tubuh badan

Sylvain Helaine atau dikenali sebagai Freaky Hoody mempunyai tatu pada sebahagian besar tubuh badannya termasuk di bahagian muka dan bola mata.

Guru yang berusia 35 tahun itu tampil di saluran televisyen Perancis BFM T,  mengadu bahawa dia bakal kehilangan pekerjaan berdasarkan penampilannya itu.

Banyak aduan datang dari ibu bapa pelajar

Dia mendakwa pihak atasannya meminta untuk dia tidak lagi mengajar di tadika selepas menerima aduan daripada ibu bapa atas penampilannya yang tidak seperti guru lain.

Bagaimanapun, aduan-aduan berkenaan datang daripada ibu bapa murida  tidak belajar di kelasnya.

Tatu tak jejes skil mengajar anak murid

Guru berkenaan mengatakan bahawa dia tidak lagi dibenarkan mengajar di tadika kerana wakil Kementerian Pelajaran tidak mahu lagi menangani aduan ibu bapa.

Bahkan, keadaannya yang bertatu tidak mempengaruhi kemampuannya untuk mengajar. Tambahan pula, beberapa anak muridnya mengakui pada mulanya mereka mendapati penampilannya kelihatan menakutkan.

Namun selepas dipujuk oleh ibu bapa, tiada lagi rasa takut dan kini Sylvain Helaine telah menjadi guru kegemarannya.

Facebook Comments

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Satu dos OH MY MEDIA sehari, untuk kekal happy sepanjang hari!