#celeb
Aliff Syukri buat kejutan, beli rumah mewah 2 tingkat untuk isteri
Usahawan kosmetik dan penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri menghadiahkan isterinya Datin Seri Nur Shahida sebuah rumah baru yang terletak di Bandar Puncak Alam, Selangor.
Umum mengetahui, bapa kepada lima cahaya mata ini gemar memberi hadiah kepada isterinya sebagai tanda penghargaan dalam memajukan perniagaan mereka.
Kejutan untuk isteri
Menjengah ke posting Instagram miliknya, usahawan berusia 33 tahun itu berkata beliau sepatutnya membuat kejutan tetapi isterinya perlu menjalani kuarantin di rumah susulan adiknya disahkan positif Covid-19.
Menurut Aliff, beliau memilih untuk menghadiahkan rumah dua tingkat itu kerana baginya hartanah adalah aset yang tidak akan menurun harganya selain mahu mengembirakan isterinya hingga ke akhir hayat.
“Rumah ini saya belikan untuk dia tanda penhargaan saya dengan dia. Semoga dia gembira. Oleh itu kami senang dan susah bersama-sama,” katanya.
Posting berkenaan dihujani pelbagai komen daripada pengikutnya yang turut tumpang gembira melihat cara beliau menghargai selain mendoakan agar pasangan itu dimurahkan rezeki.
Tahniah! Mesti isteri terharu
Murah rezeki Datuk!
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan dikurniakan Ammar Ahyyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawy serta Raudhah Arshiyah.
Sumber: Aliff Syukri
Facebook Comments