Connect with us

#celeb

Akhirnya terjawab! Siti Nurhaliza umum hamil empat bulan

Sejak kebelakangan ini, ramai yang berteka-teki mengenai penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dikatakan sedang berbadan dua.

Hal tersebut tular selepas beberapa gambar beliau yang menampakkan baby bump menjadi perbualan peminat di media sosial.

Kandungan sudah masuk 4 bulan

Akhirnya sebentar tadi, Siti Nurhaliza atau mesra disapa Tok Ti telah membuat pengumuman di Instagramnya bahawa beliau kini hamil anak kedua dengan usia kandungan memasuki empat bulan.

Tiada niat rahsiakan kehamilan

Dalam pada itu, beliau turut mengakui tiada niat untuk merahsiakan kandungannya. Tok Ti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa hanya memikirkan waktu yang sesuai untuk memberitahu khabar gembira ini.

Terima kasih kerana mendoakan

Pelantun lagu Anta Permana ini turut mengucapkan terima kasih atas segala doa yang diberikan dan mengakui sangat bersyukur kerana dapat hamil sekali lagi selepas melahirkan Siti Aafiyah yang kini berusia dua tahun.

“Terima kasih sekali lagi kepada kalian yang sangat memahami dan tidak putus mendoakan saya selama ini. Saya amat bersyukur di atas kurniaan Allah ini…
“…anugerah yang sangat berharga kerana saya diberi peluang untuk hamil selepas Siti Aafiyah berusia dua tahun lebih,”tulisnya.

Sumber: ctdk

Facebook Comments

Continue Reading

Trending

Satu dos OH MY MEDIA sehari, untuk kekal happy sepanjang hari!