Connect with us

News

6 jam ‘terperangkap’ atas bumbung, pencuri diangkut guna kren

Tidak kira di bandar mahupun di kampung, jenayah curi seringkali terjadi seperti yang berlaku di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang awal pagi semalam.

Cuba masuk melalui bumbung

Menurut laporan Kosmo! Online, seorang pencuri berusia lingkungan 40-an cuba memecah masuk sebuah rumah milik bilal Masjid Jalil Hassan melalui bumbung.

Namun kejadian tersebut disedari oleh bilal berkenaan sebelum meminta bantuan penduduk kampung yang segera menghubungi pihak polis.

Guna bantuan polis, bomba, kren

Bagaimanapun, polis tidak berjaya memujuk suspek untuk menyerahkan diri dan terpaksa meminta bantuan pasukan bomba dengan menyembur air daripada jentera namun usaha itu juga tidak berhasil.

“Lelaki itu ditangkap dengan bantuan kren sebuah syarikat pembinaan berhampiran untuk turunkannya, mungkin dia rasa takut diapa-apakan penduduk kampung sebab itu dia rela duduk atas bumbung kira-kira enam jam,” kata saksi kejadian, Sazli Raping.

Sumber: Kosmo! Online (Mohd Sharkawi Londing) & Facebook

Facebook Comments

Continue Reading

Trending

Satu dos OH MY MEDIA sehari, untuk kekal happy sepanjang hari!