Connect with us

#celeb

Tak mahu apa2 bantuan, Ebit Lew sebak pemuda OKU cuma nak pergi Elewsmart

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew sememangnya sangat disayangi oleh hampir semua rakyat Malaysia. Keprihatinan beliau dalam memberi bantuan kepada orang ramai sangat disanjung.

Dalam perkongsian Ebit Lew yang terbaru di media sosial, beliau telah memuat naik satu pertemuan dengan seorang pemuda kelainan upaya (OKU) berbangsa Cina yang pernah memberikan kata-kata semangat buat pendakwah tersebut suatu ketika dahulu.

Ebit Lew terus bayarkan sewa

Dalam posting itu, Ebit Lew memaklumkan bahawa pemuda terbabit menjual pelitup mulut secara atas talian. Secara kebetulan, ketika dia menziarahi pemuda yang bernama Daniel Cheng, pemuda tersebut belum lagi membayar sewa rumah.

Jadi, pendakwah muda itu terus membayarkan sewa dan akan membayarnya untuk bulan-bulan akan datang.

Cuma nak pergi Elewsmart

Menurut Ebit Lew lagi, pemuda itu sama sekali tidak mahukan sebarang bantuan kerana dia masih mampu untuk mencari pendapatan sendiri. Daniel cuma mahu pergi ke Elewsmart sahaja.

Pada awalnya dia tetap tidak mahu membeli apa-apa, namun pendakwah itu dengan hati terbuka membelanjakannya barangan di Elewsmart.

Siapapun kita, terus berusaha

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen-komen yang positif kepada Daniel Cheng supaya terus bersemangat untuk berjaya dan diberi kesihatan yang baik.

Mereka juga berharap agar Ustaz Ebit Lew dimurahkan rezeki agar dapat membantu lebih ramai orang yang memerlukan diluar sana.

 

Jangan mengalah Daniel!

 

Semoga usaha ustaz terus diberkati Allah

Sumber: Ebit Lew

 

 

Facebook Comments

Continue Reading

Trending

Satu dos OH MY MEDIA sehari, untuk kekal happy sepanjang hari!