#celeb
Tak boleh teman bapa sakit di wad, Ashraf Muslim mohon doa semua
Pelakon terkenal, Ashraf Muslim memuat naik sebuah posting di Instagram memaklumkan bahawa bapanya sedang terlantar sakit di sebuah hospital.
Menurut pelakon berusia 39 tahun itu, difahamkan bapanya kurang sihat dan perlu ditahan dalam wad selepas bacaan oksigen yang rendah apabila tiba di unit kecemasan.
Pohon doa semua
Berikutan situasi tersebut, pelakon drama Dia Menantu Rahsia itu memohon doa orang ramai agar bapanya kembali sembuh seperti sedia kala.
“Sebak bila terpaksa meninggalkan beliau di wad. Dapat ku kucup dahinya dan pipinya. Yerlah memang rule di hospital tidak boleh ada peneman di wad. Bila nak balik, ayah sempat memberi senyum disebalik mask oksigen itu.
“Risau dan takut bila melihat bacaan oksigen ayah 80 tadi. Tapi better dr sampai kat emergency tadi iaitu 68. Allahuakbar. Allah berilah kekuatan dan kesebuhan ayahku Hj Muslim. Wahai rakan-rakanku tolong doakan ayahku ya!,” katanya.
Posting berkenaan dihujani komen pengikut dan peminatnya yang menitipkan kesembuhan buat bapanya agar kembali sembuh seperti biasa.
Moga dipermudahkan urusan
Moga diberi kesembuhan
Kami doakan…
Semoga segala urusan Ashraf dipermudahkan dan bapanya diberi kesembuhan dengan segera. Setiap dugaan yang datang pasti ada hikmahnya!
Sumber: Ashraf Muslim
Continue Reading
Facebook Comments