Connect with us

#brandedcontent

Suka Duka Tahun 2020, McDonald’s Malaysia Tetap Setia Bersama Komuniti

Sejak bertahun lamanya, restoran McDonald’s Malaysia telah menjadi ‘sahabat’ yang menggembirakan hati ramai orang.  Bukan golongan muda sahaja, McDonald’s juga dekat dengan mereka yang sudah berusia.

Menurut McDonald’s Malaysia, pihak mereka sangat menekankan kesejahteraan masyarakat terutamanya golongan kurang bernasib baik dalam komuniti di tempat syarikat beroperasi kerana nilai tersebut sudah dibudayakan oleh mereka sejak dahulu lagi.

Sentiasa bersama sepanjang tahun

Untuk pengetahuan korang, sejak dari tahun 2015, pihak McDonald’s Malaysia telah melakukan banyak aktiviti kemasyarakatan dengan jumlah tertinggi direkodkan adalah 10, 000 aktiviti dalam setahun iaitu pada 2018.

Penglibatan krew restoran dalam aktiviti komuniti ini sekali gus membantu meningkatkan lagi jumlah kerja-kerja amal yang dilaksana setiap tahun oleh McDonald’s dari 2015 hingga 2020.

#Ziarah penghuni rumah orang2 tua pada Tahun Baru Cina

Sudah lebih 250 buah rumah orang-orang tua dikunjungi oleh krew McDonald’s tau! Mereka biasanya  hadir untuk gembirakan penghuni rumah tersebut dengan pelbagai aktiviti. Antaranya mereka berbual, makan bersama dan merapikan penghuni di sana sempena Tahun Baru Cina.

Mereka pun sempat mendokumentasikan aktiviti  dilakukan dan post di YouTube dengan tajuk ‘Kemakmuran Bermula Dengan Anda’ pada awal tahun 2020. Sweet betul!

#Buka puasa dengan anak2 yatim

Tak hanya orang-orang tua, pihak McDonald’s Malaysia turut menyantuni anak-anak yatim dengan hadir memberikan senyuman apabila menjemput mereka berbuka puasa bersama ketika bulan Ramadan.

Aktiviti terbabit sudah dilakukan sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2018 dan 2019 dengan kerjasama beberapa agensi seperti Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).

#Sambutan Hari Guru di  restoran McDonald’s

Untuk Hari Guru pula, hampir setiap tahun pesta buat para pendidik  diadakan di restoran  McDonald’s Malaysia di seluruh negara.

Selain diadakan sesi bergambar, cikgu-cikgu kita pun dapat release stress dengan bermain permainan yang disediakan di McDonald’s. Sekadar suka-suka kan.

#Ceriakan Hari Kanak-kanak sepanjang Oktober

Kanak-kanak pastinya gembira apabila diraikan! Jadi, sempena sambutan Hari Kanak-kanak pada Oktober setiap tahun, McDonald’s Malaysia telah melakukan pelbagai aktiviti menarik bersama mereka.

Pastinya, krew McDonald’s akan datang ke wad pediaktrik bagi menceriakan kanak-kanak disana, selain dari membawa anak-anak yatim ke zoo bagi menggembirakan hati mereka.

#Penghargaan kepada barisan hadapan negara

McDonald’s Malaysia pun ada menaja makanan ke 50 buah hospital di seluruh negara mengikut jadual sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari tau!

Selain daripada itu, abang akak polis dan tentera yang bertugas semasa PKP turut dapat makanan percuma dari McDonald’s secara berkala.

Secara keseluruhan, McDonald’s Malaysia telah menaja kira-kira 200,000 makanan kepada petugas barisan hadapan negara.

Pengiktirafan sumbangan kemasyarakatan

Komitmen McDonald’s Malaysia dalam melaksanakan pelbagai inisiatif kemasyarakatan secara berterusan telah mendapat pengiktirafan menerusi pelbagai anugerah. Antaranya termasuk Anugerah Kemampanan dan CSR Malaysia 2020 (Sustainability & CSR Malaysia Award) tiga tahun berturut-turut.

McDonald’s Malaysia juga memperoleh pingat gangsa PR Awards 2020 daripada A&M bagi kategori Penglibatan Sosial untuk Komuniti Bersasar pada bulan Ogos tahun ini dan Anugerah Kecemerlangan CSR Halal pada Persidangan Halal Sedunia tahun lalu.

Sangat dekat dengan masyarakat

Jadi, restoran McDonald’s atau lebih sinonim dengan panggilan ‘Mekdi’ dalam kalangan rakyat Malaysia sememangnya satu syarikat yang sangat mesra dalam komuniti.

Dari kanak-kanak, warga emas dan seluruh rakyat Malaysia sangat menyukai konsep positif yang dibawa oleh McDonald’s ini. Korang jangan tak tahu, KDYMM baginda Agong kita pun suka makan ‘Mekdi’ jugak!

 

 

 

Facebook Comments

Continue Reading

Trending

Satu dos OH MY MEDIA sehari, untuk kekal happy sepanjang hari!