#celeb
Sambut hari lahir ke-35, Puteri Sarah harap rumah tangga kekal hingga syurga
Memasuki bulan terakhir bagi tahun 2020, pelakon Puteri Sarah Liyana menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-35 di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.
Menurut posting video di akaun Instagram miliknya, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu berharap agar Allah SWT mempermudahkan segala urusanya termasuk bagi tahun seterusnya.
Mahu rumah tangga kekal
Umum mengetahui perkahwinan dia dan suaminya, Syamsul Yusof dilanda badai sejak kebelakangan ini dimana Puteri Sarah juga mengakui bahawa mereka sudah tidak duduk sebumbung lagi.
Walaupun bagaimanapun, pelakon drama Evolusi KL Drift: The Series itu tidak lupa berdoa agar keluarga yang dibina sentiasa sejahtera, bahagia dan berkekalan hingga syurga.
Rakan artis dan peminat turut memberi ucapan hari jadi buatnya selain memuji Puteri Sarah sebagai wanita yang kuat.
Terus kuat & kecapi bahagia
Semoga yang baik2 selalu untuk keluarga
Selamat hari lahir!
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Sumber: Puteri Sarah Liyana
Facebook Comments