Connect with us

#vvip

“Karya Artortoise banyak bantu sebarkan mesej kesedaran Covid-19…” -PM

Pemergian pengasas Artortoise awal pagi tadi sememangnya dirasai oleh sebahagian besar rakyat Malaysia. Karya-karya yang dihasilkan banyak tersebar meluas di media sosial sehingga berjaya menarik perhatian ramai orang.

Bukan hanya sahabat handai yang berdukacita atas pemergian allahyarham Mohamad Ikhsan kamarudin atau @ikhsanie, tetapi golongan selebriti dan juga ahli politik turut terkesan dengan khabar sedih tersebut.

PM zahir kesedihan atas pemergian Ikhsan

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menzahirkan ucapan takziah buat keluarga allahyarham Ikhsan dengan menganggap pemergian kartunis ilustrasi ini sangat dirasai semua.

Menjadi salah satu media sebar mesej

Hal ini kerana peranan allahyarham sangat besar apabila karya-karyanya banyak digunakan sebagai salah satu cara menyebarkan mesej kesedaran mengenai Covid-19.

Sehubungan dengan itu, Tan Sri Muhyiddin berharap agar ahli keluarga kartunis tersebut terus bersabar di atas pemergian insan berbakat ini.

Dalam pada itu, PM turut menitipkan doa agar roh allahyarham dicucuri rahmat daripada Allah S.W.T dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh.

Sumber: Muhyiddin Yassin

Facebook Comments

Continue Reading

Trending

Satu dos OH MY MEDIA sehari, untuk kekal happy sepanjang hari!